Isnin, 19 Oktober 2020

NIZAM TRAVEL SERVICE SDN BHD


 LATAR BELAKANG NIZAM TRAVEL SERVICES SDN BHD

Nizam Travel Services Sdn Bhd adalah syarikat bumiputera yang berdaftar dan diuruskan oleh beberapa orang yang mempunyai pengalaman didalam pelbagai bidang serta pelancongan.Dengan kerjasama beberapa hotel,kami kini dalam perancangan untuk memasarkan beberapa pakej pelancongan yang berkonsepkan pelancongan keluarga,eco tourism,pelancongan sukan dan beberapa produk di Semenanjung Malaysia serta beberapa produk baru di Sabah.

 Kami juga dalam perancangan untuk memasarkan produk pelancongan di Malaysia melalui system teknologi maklumat terkini seperti facebook,twitter,blogger yang mana pelanggan boleh terus berinteraksi secara langsung dengan kami.

 Nizam Travel Services Sdn Bhd memberikan komitmen sepenuhnya demi mencapai kualiti perkhidmatan yang terbaik, secara professional, berkepakaran dan berteknologi.  Fokus syarikat kami menjurus kepada usaha memperbaiki tahap pencapaian pelancongan serta tahap keberkesanan dan kepuasan pelanggan dalam industri pelancongan negara.Kami amat berterima kasih kepada pelanggan yang merealisasikan segalanya bersama  Nizam Travel Services Sdn Bhd.



VISI DAN MISI

Menyediakan Perkhidmatan Yang Terbaik Bagi Memuaskan Hati Pelanggan.

Menawarkan Perkhidmatan Yang Berkualiti Dengan Harga Yang Berpatutan.

Memberi Perkhidmatan Dan Layanan Mesra Dan Terbaik Untuk Pelanggan.

Menjadi Syarikat Pelancongan Yang Terkenal Di Sluruh Malaysia.

Menjadi Role Model Bagi Syarikat Pelancongan Yang Lain

Meningkatkan Sektor Ekonomi Negara Dan Meningkatkan Kadar Kedatangan Pelancong Dari Dalam Dan Luar Negara.


PROMOSI NIZAM TRAVEL SERVICE SDN BHD



 TAMAN LAUT TUNKU ABDUL RAHMAN,SABAH

Sabah, Indah berbentuk muka bumi yang bergunung-ganang, berhutan mekar dan dikelilingi Laut Sulu di bahagian timur lautnya, Laut China Selatan di bahagian pantai baratnya dan Laut Celebes di selatan.Di samping keindahan bentuk muka bumi, negeri di bawah bayu ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang kebanyakannya dapat mendekatkan anda dengan keindahan dan keunikan alam semulajadi.Apakah aktiviti-aktiviti tersebut dan di mana tempat menarik di Sabah? Teruskan membaca untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengapa negeri ini menjadi destinasi pelancongan yang terkenal bukan sahaja bagi rakyat Malaysia sendiri, malahan menjadi destinasi idaman pelancong-pelancong dari seantero dunia.

Jutaan tahun yang lalu, terjadinya satu fenomena alam di mana ais mencair sehingga mengubah paras laut dan memberi kesan kepada kawasan daratan untuk terbahagi kepada beberapa buah pulau yang terasing. Inilah yang terjadi kepada lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.Kesemua gugusan pulau inilah yang membentuk Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Daripada kesemua pulau ini, hanya empat buah pulau yang menjadi hotspot dalam kalangan para pelancong iaitu Pulau Gaya, Sapi, Manukan dan Mamutik.

Bagaimana untuk menikmati percutian di taman laut ni? Anda boleh berisland hopping, bersnorkeling, sea walking, menyelam skuba, parasailing atau sekadar berkelah. Cukup banyak cara untuk bersatu dengan keindahan yang ditawarkannya.

Untuk menuju ke pulau-pulau ini, anda boleh mendapatkan bot dari Jesselton Point yang terletak di bandar Kota Kinabalu. Sebelum ke sini, jangan lupa untuk membawa bekalan makanan dan minuman yang secukupnya kerana makanan yang dijual di pulau agak mahal.




CASABRINA VACATION VILLAS RAUB, PAHANG

Keindahan yang melampau persis di dalam mimpi, inilah yang ditawarkan Casabrina Vacation Villas yang terletak di sebalik kehijauan flora Raub, Pahang. Bukanlah sebuah penginapan biasa kerana rumah percutian ini adalah sebuah penginapan bertaraf bukan 5, tapi 6 bintang!

Direka bentuk oleh AA Yoka Sara, seorang arkitek terkenal Bali, setiap pelusuk Casabrina Vacation Villas, luar dan dalamnya umpama lanskap indah yang mustahil dapat dilupakan.Rumah percutian yang jauh dari kebingitan kota ini menawarkan 2 jenis villa iaitu Villa Aranya dan Villa Amertani.

Sesetengah villa lengkap dengan ruang santai dan balkoni. Untuk kedua-dua jenis villa ini, anda boleh memilih untuk menginap sama ada di tingkat atas atau bawah.Sekiranya anda ingin melihat panorama yang menakjubkan tanpa batasan hutan hujan dan gunung di kejauhan, anda boleh memilih mana-mana villa yang terletak di tingkat atas. Antara kemudahan lain yang boleh didapati di sini adalah kolam renang, sauna dan tab mandian terrazzo.




DUSUN BONDA RESORT

Terletak di Ulu Tamu, Batang Kali, Dusun Bonda Resort menawarkan penginapan yang menceriakan dan mendamaikan di dalam lanskap tropika yang ditumbuhi pokok-pokok buah yang mekar.Bukan sekadar penginapan, Dusun Bonda Resort menjanjikan suasana yang penuh dengan ketenangan dan padat dengan keseronokan untuk anak-anak. Antara tarikan yang terdapat di resort ini adalah kolam dengan air terjun buatan, buaian di atas sungai, taman permainan kanak-kanak, ruang makan di bahagian rooftop, dapur, surau, kemudahan bbq dan banyak lagi.

Selain aktiviti yang ditawarkan di dalam resort, anda juga boleh mengatur aktiviti luar seperti jungle trekking ke kawasan air terjun, bermandi-manda di kolam air panas yang hanyalah 3 minit dari sini atau mencuba nasib memancing ikan di kolam memancing air tawar yang hanyalah 4.2 km dari resort.Mengenai penginapan di resort ini, Dusun Bonda menawarkan penginapan jenis studio villa, villa 3-bilik, dan juga Glam 5-metre Bell Tent serta Glam 4-metre Bell Tent. Secara keseluruhannya, resort ini dapat menampung sehingga 50 penginap dewasa pada satu-satu masa.




THE CEDAR AT BIDOR, PERAK

The Cedar at Bidor adalah sebuah villa yang besar berlokasi di Bidor, Perak. Terletak di atas tanah yang berkeluasan 4 ekar di tengah-tengah hutan hijau, anda dapat merasai ketenangan sebenar bercuti di dalam lokasi yang penuh privasi.

Villa ini mampu memberikan keselesaan kepada sehingga 20 orang penginap pada satu-satu masa. Lengkap dengan 8 buah bilik tidur beserta 8 buah bilik mandi dan 2 tandas. Kemudahan lain yang disediakan adalah ruang makan outdoor, dapur, kids playroom, pool table, ruang tamu / ruang karaoke, kawasan bbq dan kolam renang infiniti.

Cukup lengkap fasiliti yang disediakan, tapi ini bukanlah segalanya. Kedudukan villa ini juga antara faktor utama yang menjadikannya pilihan penginapan ramai. Dari villa ini, anda dapat menikmati pemandangan indah mentari terbenam atau terbit sambil menyaksikan kehijauan hutan hujan dan Sungai Gepai. Ingin melakukan aktiviti luar? Anda boleh melawat kawasan Air Terjun Gepai yang terletak hanya 5 minit dari sini.

MARI MARI CULTURAL VILLAGE

Mari Mari Cultural Village adalah satu aktiviti yang akan membawa anda jauh ke kawasan pendalaman dan bersatu dengan alam semula jadi.

Perkampungan ini dijadikan sebagai muzium untuk mengekalkan atau memelihara budaya etnik Borneo yang kian dimamah masa. Lawatan ke kawasan kampung atau muzium terbuka ini dapat membuka mata anda tenang gaya hidup 5 etnik berbeza.

Kelima-lima etnik ini adalah etnik Kadazan-Dusun (petani padi), Rungus (penduduk rumah panjang), Lundayeh (pemburu dan nelayan), Bajau (nomad laut) dan etnik yang paling terkenal kerana kisah mereka sebagai pemburu kepala pada suatu ketika dulu iaitu etnik Murut.

Selain dapat menyelami kehidupan kesemua etnik ini, anda juga boleh mencuba sendiri beberapa aktiviti harian mereka seperti bagaimana untuk menghidupkan api menggunakan buluh dan cara menggunakan sumpit.


 


CARA MERANCANG PELANCONGAN LEBIH JIMAT

Ramai orang menganggap bahawa melancong itu memakan pembelanjaan yang besar. Oleh itu, mereka hanya mahu makan angin dalam lokasi berdekatan sahaja, dan tidak berani cuba untuk merancangkan pelancongan kepada destinasi idaman yang lebih jauh. Namun, dengan perancangan yang baik dengan menggunakan tips yang terkandung dalam artikel ini, anda mungkin boleh menikmati pelancongan yang diingini tanpa menggunakan bajet yang terlampau banyak. Berikut adalah 4 tips untuk menjimatkan duit semasa melancong:

 Gunakan beberapa laman web untuk membandingkan harga tiket penerbangan

Gunakan laman web seperti Skyscanner, Expedia, Tripwire, dan sebagainya untuk membandingkan harga tiket sebelum beli. Anda juga boleh melaraskan tarikh dan masa anda mahu melancong supaya pasti dapat harga yang paling rendah bagi tempoh masa tersebut. Pastikan anda membandingkan harga terakhir selepas semua yuran, cukai, dan sebagainya telah dimasukkan. Kadang kala, harga mula yang dipaparkan nampaknya rendah, tetapi pada akhirnya ditambah-tambah untuk menjadi harga yang melampaui bajet anda.

 Tempah tiket anda pada masa yang terbaik

Secara umum, anda boleh mendapatkan harga yang lebih murah apabila anda menempah tiket, hotel, dan sebagainya daripada awal lagi. Sebuah kajian oleh Skyscanner menunjukkan bahawa tempoh masa yang paling baik untuk membeli tiket penerbangan anda adalah agak-agak 5 bulan sebelum tarikh anda ingin melancong. Cuba elakkan daripada membeli tiket atau hotel anda pada saat terakhir, kerana harga yang dikenakan biasanya naik melambung semakin dekat kepada tarikh melancong yang dipilih.

 Ingatkan kos tersembunyi apabila menggunakan syarikat tambang rendah

Syarikat tambang rendah seperti AirAsia, JetStar, Malindo, dan sebagainya mungkin menjual tiket penerbangan dengan harga yang murah, namun akan caj lebih untuk servis extra seperti bagasi, makanan semasa penerbangan, memilih tempat duduk, dan sebagainya. Jika anda memerlukan servis tersebut, mungkin lebih baik untuk membayar lebih sedikit untuk terbang dengan syarikat yang menawarkan servis penuh sekaligus dengan harga tiket.

 Peka terhadap jualan murah dan tawaran istimewa

 Pastikan anda kerap mengikuti harga-harga penerbangan dan hotel bagi destinasi idaman anda dengan melanggan kepada emel, media social, dan notifikasi harga bagi pelbagai syarikat penerbangan dan tempahan hotel. Kadang-kala, syarikat-syarikat akan memberi tawaran istimewa, dan jika anda cepat tahu kerana anda mengikuti syarikat tersebut dengan teliti, anda juga boleh menikmati cuti idaman dengan harga yang murah


VEDIO 10 TEMPAT DISABAH KAWASAN PELANCONGAN YANG MENARIK

Pengusaha pelancongan di Sabah mengharapkan pelancong dari Semenanjung Malaysia bercuti ke sana bagi membantu memulihkan semula sektor pelancongan di negeri itu serta kenali 10 tempat menarik di sabah melalui vedio ditayangkan .




PELANCONGAN DIANGGAP SEBAGAI SATU INDUSTRI YANG MENGUNTUNGKAN NEGARA. KEMUKAKAN USAHA-USAHA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK KEDATANGAN PARA PELANCONG KE MALAYSIA.

Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat Malaysia oleh kerajaan memandangkan industri pelancongan berpotensi untuk dimajukan di negara kita. Sektor pelancongan juga perludimantapkan kerana sektor ini mampu memantapkan ekonomi negara kita. Banyak tempat menarik yangterdapat di negara kita boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan seperti diCameron Highland, Genting Highland, bandar raya Melaka, Desaru dan sebagainya. Oleh itu pelbagaiusaha boleh dilaksanakan untuk memajukan industri pelancongan tersebut sama ada oleh pihak kerajaansendiri mahupun agensi yang berkaitan.

 Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah menambah kemudahanpengangutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Kemudahan pengangkutan ini dapat memberi peluang yang lebih banyak kepada pelancong untuk pergi ke destinasiyang mereka sukai. Sebagai contohnya, kerajaan telah membina kemudahan lebuh raya baru keCameron Highland agar pusat pelancongan ini mudah dikunjungi pelancong. Jadual penerbangan keMalaysia juga perlu ditambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah kepada pelancongasing yang ingin melawat ke Malaysia. Dengan cara ini, para pelancong akan berasa selesa apabilaberkunjung ke Malaysia.Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginapan seperti hotel dan chaletperlu ditingkatkan. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyakan pembinaan hotel lima bintangyang mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringi dengan bilik yang selesa untuk menarik minatpelancong.

 Sebagai contohnya, usaha yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakejpenginapan murah berserta makanan tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancongmenginap di hotel tersebut.Justeru, sekiranya usaha seperti ini dilaksanakan secara berterusan, jumlahpelancong asing yang akan kembali semula ke Malaysia akan bertambah di samping menggalakkankedatangan pelancong baru.Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu mengadakan lebih banyak promosi untuk menjelaskanaktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita. Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik,kebudayaan dan karnival jualan boleh di laksanakan dengan giat sama ada di dalam mahupun di luarnegara. Sebagai contohnya, kementerian Pelancongan telah mengadakan promosi kebudayaan bagimenarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan Arab Saudi.

 Usaha mempromosikan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarkanmaklumat tentang pelancongan di negara ini. Penggunaan internet dapat memastikan semua pelancongmemperoleh maklumat berguna mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan diMalaysia. Jelasnya, promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan disebarkansecara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong.Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing ialah aspekkebersihan dan kemudahan prasarana.

 Kawasan pelancongan mestilah sentiasa bersih dan diselenggarakan dengan baik. Petugas- petugas di kawasan pelancongan perlu ditambah bagimemastikan kebersihan sentiasa terkawal. Begitu juga halnya dengan kemudahan prasarana bagimembolehkan pelancong membeli-belah dengan selesa. Sebagai contohnya, kemudahan seperti bank,insuran serta pusat membeli belah perlu dibina di kawasan pelancongan. Langkah-langkah seperti inimampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelanconganyang diminati.Selain usaha tersebut, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat negara ini. sikap ramahdan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia.

 Keramahan rakyat negara iniharus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap “duta pelancongan negara” haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana “bahasa menunjukkan bangsa”. Jadi, rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan atau asing

Kesimpulannya, industri pelancongan merupakan satu projek atau program pembangunan yang menguntungkan negara daripada pelbagai sudut. Sebagai satu industri yang menguntungkan, faktor-faktor semula jadi yang menarik dalam negara harus dikekalkan. Manakala semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung hendaklah mengambil tahu tentang industri ini. Orang awam sekurang-kurangnya boleh memainkan peranan dengan cara bertegur sapa dengan para pelancong atau sekadar mengukir senyuman sebagai tanda persahabatan.  



 




pelancongan

NIZAM TRAVEL SERVICE SDN BHD

  LATAR BELAKANG NIZAM TRAVEL SERVICES SDN BHD Nizam Travel Services Sdn Bhd adalah syarikat bumiputera yang berdaftar dan diuruskan oleh be...